"hee, uncle, can i take a picture of the baby?"
-er, no, i dunno this uncle or his baby-
care groups - or CGs, as they're more fondly known - come in all shapes and sizes.
there're those serious types, where Bible study is central to the meetings; the casual types, where members get together to do casual things like talk and go out; the close-knit types, where personal sharing is the core of the group; and well, the combo types, where you have more than one of the above.
my CG in the PJ church is an EW type. no, not ewww.
i received an email from my CG leader today (purple words mine):
Keith, CG Leader
Hi Kawan kawan,
Salam sejahtera dan selamat pagi. Semalam kami bercadang untuk menonton filem animasi Disney Pixar, "Ke atas" ["Up"] yang sedang di tayangkan sekarang di semua pawagam di lembah Klang. Kalau saudara semua sudi mengambil kesempatan untuk menonton filem ini sila 'RSVP' secepat mungkin melalui SMS atau emel supaya saya boleh membeli ticket ataupun Adrian sudi menempah ticket di laman web (Boleh tak Adrian? Kalau tak boleh saya boleh pergi beli).
Buat pada masa ini, Tropicana City Mall akan menayangkan "ke atas" pada pukul 1025malam. Saya tahu masa in agak lewat tetapi filem ini hanya mengambil masa 1 jam 46 minit, walaubagaimanapun saya ingin mencadangkan pawagam yang lain ia itu Cineleisure di pusat membeli-belah The Curve, filem tersebut akan ditayangkan pada pukul 915malam.
Tolong beritahu secepat mungkin. Sekian.
Keith Chin.
being the loyal rakyat that we are, and taking after our fearless leader's example, today's correspondence was *proudly =D* done in the national language.
Benny
Ini untuk Jumaat kan?
Maaf, tapi LO dan I besar kemungkinan tak boleh. Angela dengan tiga monyetnya akan berlepas balik ke Tokyo hari Sabtu dan kita mesti menziarahi mereka hari Jumaat.
Sekian,
bk
Keith
Bukan untuk hari Jumaat. Hari Jumaat kami akan makan malam dan berdoa.
Filem "Ke atas" untuk hari ini.
Adrian
Jikalau aktiviti hari ini menjadi, kita akan berbuka puasa pada hari Jumaat ini dan sembahyang dalam nama Yesus Kristus kerana terdapat banyak orang yang mengambil kesempatan pada hujung minggu ini (sempena hari perayaan merdeka) untuk menyinggah ke tempat asal mereka untuk menjenguk keluarga masing masing.
Jadi pada hari yang mulia ini, kita akan cuba menyonton wayang untuk hajat melegakan rasa kesengsaraan yang terkumpul dalam minggu kerja ini.
Janganlah tersipu-sipu dan tolong mengesahkan kedatangan kamu.
Sekian terima kasih.
Benny
Maaf – hari ini, kita ada Grup Kasih-Kongsi. [Care Group]
Sila berseronok tanpa kami...
bk
Adrian
Pengkhianat!
Benjamin & Janice
Saudara dan saudari sekalian,
Bagi pihak saya dan isteri saya, kami merasa amat besar hati and berterima kasih atas jemputan untuk menonton wayang bersama saudara dan saudari sekalian, lebih-lebih lagi wayang kartun yang berunsur moral yang memang sesuai pada bulan yang mulia ini.
Akan tetapi, kami, dengan penuh rasa kesal, tidak akan dapat menyertai rombongan wayang tersebut. Kami berharap anda semua akan terus berseronok menonton wayang malam ini tanpa kehadiran kami.
Namun begitu, sukacita kami memaklum bahawa kami akan dapat bersama berbuka puasa dan menjamu selera bersama saudara-saudari sekalian pada malam Jumaat ini.
Kepada saudara Keith dan Adrian, sila maklumlah kami mengenai waktu dan tempat jamuan tersebut setelah ia ditetapkan (bergantung kepada anak bulan?).
Sekian terima kasih.
Lareina
Fuiyo. Juara muktamad berbahas bahasa melayu (golongan pisang cina) adalah Benjamin Low. Tangan ke bawah. [Hands down] Tiada kontes.
Desmond
Kepada rakan-rakan sekumpulan Kasih Kongsi,
Anda mungkin akan memarahi saya dan ching sze, tetapi kami akan menonton tayangan gambar "Atas" di Mall Bandar Tropicana malam ini juga pada pukul 8.20 mlm.
Kalau Adrian dan Keith juga berada di sana, kita boleh berjumpa and pergi ke OUG untuk tau fu jauh [tau fu fah] lepas itu...
Saya juga tidak dapat menghadiri perjumpaan di hujung minggu ini. Sekian.
Yang benar,
desmond dan cs
Adrian
Teramat kesal atas perbuatan mejijikkan ini.
Gabriel
Wah, saya berasa amat gembira setelah balik ke tanahair yang tercinta ini dan juga bangga sebagai warganegara Malaysia dan yang terpenting ada saudara-saudari macam kamu semua yang begitu happening..
Desmond
Selamat sejathera saudara Gabe,
happening=menjadi.
i wanna watch UP. =) *hint hint hint hint hint*
p/s: EW = Electronic + Weird
4 comments:
Grup Kasih-Kongsi kamu sangat berkuasa la wei!
lol, "ke atas" is "upwards" la... "up" should be just "atas" =P
xD awesome! =D
[Shaun] XD
[Sieh Jin] Yalor yalor. Ahahahah~
[Kee Aun] Ya! Hahaha~
Post a Comment